Thursday 1 May 2014

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

·   Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya. Tanda petik (“…”) digunakan untuk cakap ajuk.

Contoh : “ Tolong tutup semua tingkap,” kata Cikgu Yati.

·   Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula tanpa mengubah maksudnya.

Contoh : Cikgu Yati memberi arahan supaya menutup semua tingkap.


KESALAHAN UMUM TATABAHASA


SALAH
BETUL
Salmi menyatakan bahawa saya kurang sihat hari ini.
Salmi menyatakan bahawa dia kurang sihat hari ini.
Cikgu Siti bertanya mengapa kamu datang lewat.
Siti bertanya sebab kamu datang lewat.
Menurut Gopal dan rakan-rakannya, kami akan datang berlatih petang ini.
Menurul Gopal dan rakan-rakannya, mereka akan datang berlatih petang ini.
Adi bertanya Gopal di mana dia berasal.
Adi bertanya Gopal tempat dia berasal.

0 comments:

Post a Comment