Thursday 1 May 2014

Sinonim dan Antonim

·   Sinonim merupakan perkataan yang mempunyai maksud yang sama atau seperti. Perkataan tersebut boleh digantikan dengan perkataan asal kerana tidak menjejaskan maksud keseluruhan ayat.

Contoh : Saya akur dengan keputusan itu.
             Saya setuju dengan keputusan itu.

·   Antonim merupakan perkataan yang berlawanan dengan maksud sesuatu perkataan. Antonim tidak boleh menggantikan perkataan asal kerana boleh menjejaskan maksud keseluruhan ayat.

Contoh : Anak kucing ini sungguh comel
     Anak kucing ini sungguh hodoh

KESALAHAN UMUM TATABAHASA


SALAH
BETUL
Sinonim
Unik – canggih
Mencampurkan - menggabungkan
Sinonim
unik – istimewa
mencampurkan - menggaulkan
Antonim
Ditubuhkan – dimusnahkan
Bakhil - jimat
Antonim
Ditubuhkan – dibubarkan
Bakhil - pemurah

Sinonim dan Antonim

Soalan 1-5
Pilih sinonim yang paling sesuai bagi perkataan yang bergaris.

   1.       Pembonceng motosikal itu nyaris-nyaris dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
A.      jauh-jauh
B.      rapat-rapat
C.      dekat-dekat
D.      hampir-hampir
   2.       Cikgu Haishah sudah jelak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Khairi.
A.      loya
B.      akur
C.      jemu
D.      biasa
   3.       Pembonceng yang terlibat dalam kemalangan itu terpelanting ke seberang jalan.
A.      terbiar
B.      tercampak
C.      terseret
D.      terperosok
   4.       Membaca akhbar sudah menjadi rutin harian ayah.
A.      minat
B.      kelainan
C.      kesukaan
D.      kelaziman
   5.       Tok Wan sedang menjirus pokok bunga di halaman rumah.
A.      membaja
B.      mencabut
C.      menyiram
D.      membajak

Soalan 6-10
Pilih antonim yang paling sesuai bagi perkataan yang bergaris

   6.       Othman duduk berlunjur sambil menahan kesakitan pada kakinya akibat kemalangan.
A.      beriba
B.      bersila
C.      bersandar
D.      bersimpuh
   7.       “Parang yang tajam itu mesti disimpan dalam laci,” pesan Pak Long.
A.      ngilu
B.      tumpul
C.      runcing
D.      buruk
   8.       Beberapa orang gadis yang menyertai pertandinga itu sudah kandas pada pusingan awal lagi
A.      dapat
B.      gagal
C.      berjaya
D.      mengalah
   9.       Pokok-pokok renek ini sudah berusia hampir 10 tahun.
A.      tinggi
B.      pendek
C.      besar
D.      lonjong
  10.   Kami sukar membuat pilihan kerana kesuntukan waktu.
A.      payah
B.      lalai
C.      susah
D.      senang

1 comment: