Thursday 1 May 2014

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata nama am merujuk kepada manusia, haiwan, benda, tempat, dan tumbuh-tumbuhan secara umum. Kata nama am ditulis degan huruf kecil.

Contoh: posmen, ikan, tingkap, basikal, rumah

Kata nama khas merujuk kepada manusia, haiwan benda, tempat, dan tumbuh-tumbuhan secara khusus. Kata nama khas mestilah ditulis dengan menggunakan huruf besar bagi huruf pertama setiap perkataan.
Contoh: Aina Binti Ali, Sang Rangga, Taman Melawati, Samsung.


Kesalahan Umum Tatabahasa


Salah
Betul
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di restoran selera kampung
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Restoran Selera Kampung
Saya suka menggunakan pensil berjenama pilot
Saya suka menggunakan pensil berjenama Pilot


Soalan

1.  Mamat berada di dalam ____________ untuk membaiki kereta Puan Zarina yang rosak
A.  pondok
B.  anjung
C.  teratak
D. bengkel

    2.  Ali singgah sebentar di perkampungan ____________ itu untuk membeli keropok ikan
A.  belia
B.  petani
C.  nelayan
D. peladang

    3.  Pak Mail membersihkan ____________ sekitar rumahnya
A.  dataran
B.  ruangan
C.  kawasan
D. lapangan

    4.  Kushairi membaca ____________ yang baru diterimanya dengan           perasaan yang berdebar-debar.
A.  surat
B.  risalah
C.  buku
D. majalah

    5.  Puan shamini sedang menyediakan kuih ____________ berintikan         kentang untuk hidangan minum petang.
A.  kek
B.  biskut
C.  dodol
D. karipap

    6.  Ibu dan ayah banyak memberikan  ____________ kepada Lim Chai       Chin untuk Berjaya dalam pelajaran.
A.  usikan
B.  sindiran
C.  pujukan
D. dorongan

    7.  Sekumpulan pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk               mengambil gambar ____________ di dalam gua itu.
A.  labah-labah
B.  labi-labi
C.  kelawar
D. cengkerik

    8.  ____________ itu mendapat maklumat dari anak guamannnya               sebelum perbicaraa disambungkan semula.
A.  Peguam
B.  Hakim
C.  Juruaudit
D. Arkitek

    9.  Pemuda itu menjatuhkan baldi ke dalam ____________ untuk               mendapatkan air.
A.  kolam
B.  perigi
C.  kolah
D. lopak


10.   Jurukamera itu mengambil gambar kedua-dua pengantin itu di dalam____________
A.  auditorium
B.  stadium
C.  studio
D. garaj

0 comments:

Post a Comment