PenjodohBilangan ialahperkataan yang
digunakan bersama–sama kata bilangan.
Biasanya penjodoh bilangan digunakan selepas
kata bilangan.
Contoh:
biji :manggis, limau, bola, piring
bungkus : nasilemak, gula-gula
cubit : garam, gula
helai : baju, daun, saputangan
ketul : batu, ais, arang
gugus : anggur, langsat, pulau
KesalahanUmumTatabahasa:
Salah
|
Betul
|
Ayah membeli sepuluh baris sate.
|
Ayah membeli sepuluh cucuk sate.
|
Sebidang kek coklat berharga RM 2.
|
Sepotong kek coklat berharga RM2.
|
Kakak memakai setongkol cicin suasa.
|
Kakak memakai sebentuk cincin suasa.
|
Kami diminta mengarang sepatah sajak.
|
Kami diminta mengarang serangkap sajak.
|
Siti memetik sebatang bunga mawar.
|
Siti memetik sekuntum bunga mawar.
|
Soalan
1.
Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua
______ batu ke dalam kolam itu.
A.
rumpun
B.
bentuk
C.
ketul
D.
pucuk
2.
Dua ______ kapas digunakan untuk membersihkan
luka pada sikunya
A.
urat
B.
untai
C.
kepal
D.
gumpal
3. Saiful sedang makan dua ______ roti canai
A.
utas
B.
ketul
C.
keeping
D.
helai
4.
Imah menerima se______ surat daripada rakannya
yang sedang menuntut di sebuah university di luar Negara.
A.
helai
B.
belah
C.
cucuk
D.
pucuk
5.
Pak Husin memangkas dahan pokok jambu dengan
se______ parang.
A.
biji
B.
rawan
C.
bilah
D.
batang
6.
Ayah dan abang membakar beberapa ______ lemang
untuk dijadikan hidangan istimewa pada hari raya.
A.
bentuk
B.
buah
C.
batang
D.
punting
7.
Shaarnia menghulurkan dua ______ kuih lapis yang
dimasak oleh ibunya kepada Felicia.
A.
ulas
B.
kepal
C.
potong
D.
punting
8.
Guru besar membaca se______ pantun semasa
menyampaikan ucapannya pagi tadi.
A.
ruas
B.
patah
C.
cucuk
D.
rangkap
9.
Beberapa ______ buah congkak berselerak di atas
lantai
A.
ulas
B.
butir
C.
ketul
D.
bentuk
10.
Kak Salmah menjemur lima ______ baju yang
dibasuhnya pagi tadi.
A.
helai
B.
keping
C.
buah
D.
batang
0 comments:
Post a Comment