Kata Adjektif
Kata adjektif atau kata sifat ialah kata
yang digunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu benda.
Kata adjektif terbahagi kepada:
Keadaan :
miskin, rajin, malas
Waktu :
lama, awal, pagi
Perasaan :
gembira, sedih, malu
Warna :
Hijau, Merah, Kuning, Biru
Bentuk :
Bulat, mancung, Leper
Pancaindera :
manis, wangi, merdu
Cara :
pantas, laju, deras
Ukuran :
luas, sempit, longgar
Jarak :
dekat, hampir, jauh
Kesalahan Umum Tatabahasa:
Salah
|
Betul
|
Saya gemar buah Rambutan.
|
Saya gemar akan buah Rambutan.
|
Sarawak merupakan negeri yang terbesar sekali di Malaysia.
|
Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.
|
Badan ikan keli ini terasa amat licin sungguh.
|
Badan ikan keli ini terasa amat licin.
|
Soalan:
1.
Kertas pembalut hadiah yang dibeli oleh suraya
itu sangat ______
A.
elok
B.
molek
C.
cantik
2.
Tulisan Amir ______ dan mudah dibaca
A.
kemas
B.
cerah
C.
lancer
D.
mahir
3.
Stadium itu menjadi ______ dengan kehadiran
ribuan penyokong bola sepak.
A.
ketat
B.
dekat
C.
rapat
D.
sesak
4.
hubungan dua beradik itu agak ______ kerana
sikap degil masing-masing.
A.
senggang
B.
renggang
C.
kencang
5.
Bilik stor itu tidak dapat memuatkan banyak
barang kerana ruangnya agak ______
A.
padat
B.
lapang
C.
sempit
6.
Farid tidak dapat meneruskan larian kerana dia
sudah terlalu ______
A.
letih
B.
kurus
C.
lambat
D.
susah
7.
Para penyokong berasa ______ apabila pasukan mereka tewas dalam perlawanan
bola keranjang itu.
A.
tenang
B.
kecewa
C.
bongkak
D.
kukuh
8.
Azizul Hasni Awang merupakan seorang atlet lumba
basikal yang gigih dan bersemangat ______
A.
tegak
B.
besar
C.
tinggi
D.
kukuh
9.
Upin dan Ipin telah lulus dengan ______ dalam
ujian akhir tahun baru-baru ini.
A.
elok
B.
hebat
C.
bagus
10.
Kuda liar itu sukar ditangkap kerana lariannya
amat ______
A.
lekas
B.
mahir
C.
pantas
D.
cerdas
Ada tak soalan yang mempunyai dua tempat kosong beserta jawapan
ReplyDeletetak
ReplyDeleteNot helping langsung doh
ReplyDeleteMinta izin guna bahan
ReplyDelete