Thursday 1 May 2014

Ragam Ayat

·        Ayat penyata ialah ayat yang menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian dan sebagainya.
Contoh : Ayah sedang tidur.

·   Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, manusia, benda dan sebagainya. Ayat ini diakhiri dengan tanda tanya (?).
Contoh : Bagaimanakah cara untuk membuat layang-layang?

·   Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
Contoh : Tolong belikan saya sebatang pen.

·   Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan dan sebagainya. Ayat ini diakhiri dengan tanda seru (!).
Contoh : Amboi, cantiknya kasut awak!


KesalahanUmumTatabahasa


Salah
Betul
Berita tentang penculikan itubenarkah?
Benarkah berita tentang penculikan itu?
Silalah masuk, Puan Atikah!
Silalah masuk, Puan Atikah.
Pertandingan itu diadakan di dewan ini!
Pertandingan itu diadakan di dewan ini.
Amboi, cantiknya baju awak.
Amboi, cantiknya baju awak!

Pilih ayat-ayat yang betul

   1.       A. Apakah nama bapa kamu?
     B. Di manakah terletaknya Muzium Padi?
     C. Bilakah keadaan nenek kamu sekarang?
     D. Mengapakah harga jam tangan itu?

   2.       A. Dia cepat-cepat berlari-lari bila ternampak saya.
     B. Ambil pinggan dan masing-masing gelas.
     C. Emak menguis-nguis bara api di atas dapur kayu.
     D. Sebotol cili sos itu harganya RM2.50 sahaja.

   3.       A. Rizalman sedang bermain guli di padang.
     B. Rizalman sedang guli bermain di padang.
     C. Rizalman sedang bermain di padang guli.
     D. Rizalman sedang guli bermain di padang.

   4.       A. Aina tinggal di sebuah rumah teres dua tingkat.
     B. Aina tinggal di sebidang rumah teres dua tingkat.
     C. Aina tertinggal pada sebiji rumah teres dua tingkat.
     D. Aina ketinggalan di seuah rumah teres dua tingkat.

   5.       A. Baju dan muka mereka comot mereka kotor.
     B. Baju mereka kotor dan mereka comot.
     C. Baju mereka comot atau muka mereka kotor
     D. Baju mereka kotor tetapi muka mereka comot.

   6.       A. Tolong duduk dahulu, makcik.
     B. Jangan  ganggu kakak yang sedang mengulang kaji.
     C. Harap terburu-buru mengambil tindakan, kelak buruk padahnya.
     D. Minta bersedih hati atas kegagalan kamu peperiksaan baru-baru ini.

   7.       A. Sila isi borang peraduan ini dengan lengkap.
     B. Minta isi borang peraduan ini dengan lengkap.
     C. Jangan isi borang peraduan ini dengan lengkap.
     D. Jemput isi borang peraduan ini dengan lengkap.
  
   8.       A. Sila cepat melenting, ini perkara kecil sahaja.
     B. Usah cepat melenting, ini perara kecil sahaja.
     C. Harap cepat melenting, ini perkara kecil sahaja.
     D. Tolong cepat melenting, ini perkara kecil sahaja.
  
   9.       A. Siapakah cara menggunakan mesin pengisar ini?
     B. Mengapakah kamu tidak mahu menyertai lawatan itu?
     C. Di berapakah Martini tinggal sebelum berpindah ke sini?
     D. Apakah wang saku yang diberikan oleh ayah keada kamu?

   10.   A. Buku itu kamu letakkan di bila?
     B. Pukul adakah mereka akan datang ke sini?
     C. Bagaimanakah adik menangis?
     D. Siapakah yang layak menyertai pertandingan itu?

2 comments: