Tuesday 29 April 2014

Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

KesalahanUmumTatabahasa:


Salah
Betul
Sewaktu mula-mula sampai di Kuala Lumpur, Fatin seperti kerbau dicucuk hidung.
Sewaktu mula-mula sampai di Kuala Lumpur, Fatin seperti rusa masuk kampung.
Pasangan suami isteri itu memang sepadan, mereka bagaikan si kudung mendapat cincin.
Pasangan suami isteri itu memang sepadan, mereka bagaikan cincin dengan permata.
Apabila telah berjaya, Nora lupa akan jasa kedua-dua orang tuanya. Dia bagaikan tikus membaiki labu.
Apabila telah berjaya, Nora lupa akan jasa kedua-dua orang tuanya. Dia bagaikan kacang lupakan kulit.

soalan

   1.       Kehidupan Arman bagai ______ selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut.
A.      dahan tidak berbuah
B.      layang-layang putus tali
C.      anjing dengan bayang-bayang
D.      menarik rambut dalam tepung
   2.       Pembantu rumah puan Salimah yang telah mencuri cincin berlian seperti ______ apabila Puan Salimah ingin melaporkanyya kepada pihak polis.
A.      api dalam sekam
B.      ular kekenyangan
C.      cacing kepanasan
D.      anjing buruk kepala
   3.       Jalan menuju ke tempat perkhemahan itu bengkang-bengkok seperti ______
A.      ular kena palu
B.      itik pulang petang
C.      duri dalam daging
D.      kumbang putus tali
   4.       Aminah yang sedang sakit kelihatan tidak bermaya seperti ______
A.      ayam berak kapur
B.      Belanda minta tanah
C.      burung dalam sangkar
D.      anak ayam kehilangan ibu
   5.       Upin dan Ipin sudah lama berkwana. Hubungan mereka bagai ______
A.      isi dengan kuku
B.      langit dengan bumi
C.      anjing dengan kucing
D.      cincin dengan permata
   6.       Penduduk Felda Sendayan tidak menyangka mereka akan mendapat wang pampas an berjumlah jutaan ringgit. Perasaan mereka bagai ______
A.      tikus jatuh ke beras
B.      tikus membaiki labu
C.      sirih pulang k gagang
D.      kaca terhempas ke batu
   7.       Pemuda itu bagai ______ keraa keadaanya tidak menentu.
A.      cicak makan kapur
B.      abu di atas tunggul
C.      kera mendapat bunga
D.      pahat dengan penukul
   8.       Mereka berjalan bagai ______ sambil berbual-bual sewaktu pulang dari sekolah.
A.      api dalam sekam
B.      itik pulang petang
C.      ayam jatuh ke kepuk
D.      halilintar membelah bumi
   9.       Keluarga Ramesh yag hidup seperti ______ langsung tidak bergaul dengan jiran-jiran
A.      gergaji dua mata
B.      tanduk bersendi gading
C.      katak di bawah tempurung
D.      menatang minyak yang penuh
   10.   Anak gadis Encik Salman yang cantik seperti ______ itu menjadi kegilaan pemuda-pemuda di tempat tinggalnya.
A.      pinang dibelah dua
B.      garam dengan asam
C.      batu dengan permata
D.      bulan dipagar bintang

0 comments:

Post a Comment