Tuesday 29 April 2014

Bandingan Semacam

Bandingan semacam ialah perbandingan yang dibuat antara sesuatu dengan yang seumpama dengan benda tersebut. Contohnya, yang cantik dengan yang cantik dan yang kuat dengan yang kuat.
Contoh : cepat seperti kilat
·         Gemuk seperti badak
·         Berat seperti batu
·         Putih seperti kapas
·         Angkuh mcm merak
·         Becok macam murai
·         Gelap macam malam
·         Hitam seperti arang

KesalahanUmumTatabahasa


Salah
Betul
Wajah Mazni kelihatan cantik seperti harimau.
Wajah Mazni kelihatan cantik seperti bidadari.
Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan bergerak perlahan seperti arnab.
Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan bergerak perlahan seperti kura-kura.
Dia melakukan kerja itu sungguh pantas seperti api.
Dia melakukan kerja itu sungguh pantas seperti kilat.

Soalan

Soalan 1-5
Pilih soalan yang paling sesuai
   1.       Pelbagai jenis buku dijual di Kedai Buku Mutiara Minda.
A.      Berapakah harga buku-buku yang dijual di kedai Buku Mutiara Minda?
B.      Benarkah kamu membeli buku di Kedai Buku Mutiara Minda?
C.      Di manakah saya boleh mencari buku rujukan Matematik dan Sains?
D.      Apakah buku yang dijual di Kedai Buku Mutiara Minda?
   2.       Diana sangat dimanjakan oleh ibu bapanya kerana dia anak tunggal dalam keluarganya.
A.      Bagaimanakah layanan ibu bapa Diana kepada anak tunggal mereka?
B.      Mengapakah Diana sangat dimanjakan oleh ibu bapanya?
C.      Siapakah yang merupakan anak tunggal dalam keluarga?
D.      Siapakah yang sangat dimanjakan oleh ibu bapanya?
   3.       Tujuan ayah membeli mesin jahit adalah untuk dihadiahkan kepada ibu.
A.      Berapakah harga mesin jahit yang dibeli oleh abahnya?
B.      Siapakah yang akan menggunakan mesin jahit itu?
C.      Apakah tujuan ayah membeli sebuah mesin jahit?
D.      Bagaimanakah ibu belajar menjahit?
   4.       Pertandingan Keselamatan Jalan Raya telah diadakan di Tasik Titiwangsa.
A.      Bilakah Pertandingan Keselamatan Jalan Raya itu diadakan?
B.      Siapakah yang akan merasmikan Pertandingan Keselamatan Jalan Raya di Tasik Titiwangsa?
C.      Apakah tujuan Pertandingan Keselamatan Jalan Raya telah diadakan?
D.      Di manakah Pertandingan Keselamatan Jalan Raya telah diadakan?
   5.       Suasana di Pesta Belon Panas itu sesak dengan para pengunjung.
A.      Mengapakah suasana di Pesta Belon itu sesak?
B.      Siapakah yang menganjurkan Pesta Belon Panas itu?
C.      Berapa lamakah Pesta Belon Panas itu berlangsung?
D.      Bagaimanakah suasana di Pesta Belon Panas itu?
Soalan 6-10
Pilih jawapan yang paling sesuai.
   6.       Berapa lamakah Abang Zimy mengikuti pengajian di universiti?
A.      Abang Zimy ialah seorang mahasiswa.
B.      Abang Zimy belajar di sebuah universiti.
C.      Abang Zimy mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.
D.      Abang Zimy mengikuti pengajian di universiti selama empat tahun.
   7.       Siapakah yang menyapa Jastina semasa dia dalam perjalanan ke kedai runcit.
A.      Kak Senah menyapa Jasnita untuk bertanyakan khabarnya.
B.      Jasnita dan Kak Senah bertegur sapa dalam perjalanan ke kedai runcit.
C.      Jasnita dalam perjalanan ke kedai runcit semasa disapaoleh Kak Senah.
D.      Jasnita disaa oleh Kak Senah semasa dia dalam perjalanan ke kedai runcit.
   8.       Apakah faedah yang diperoleh daripada aktiviti berkebun?
A.      Aktiviti berkebun boleh dilakukan pada bila-bila masa.
B.      Kakak Farisha suka melakukan aktiviti berkebun sayur.
C.      Aktiviti berkebun dapat menyihatkan badan dan menambahkan pendapatan.
D.      Datuk dan nenek saya gemar melakukan aktiviti berkebun pada masa lapang.
   9.       Bilakah lawatan ke Balai Cerap Al-Khawarizmi itu akan diadakan?
A.      Lawatan ke Balai Cerap Al-Khawarizmi  itu merupakan aktiviti tahunan sekolah
B.      Lawatan ke Balai Cerap Al-Khawarizmi itu disertai oleh dua puluh orang murid.
C.      Lawatan ke Balai Cerap Al-Khawarizmi itu akan diadakan pada minggu hadapan
D.      Para pelajar sedang melawat Balai Cerap Al-Khawarizmi.  
  10.   Berapakah bayaran yuran yang dikenakan kepada peserta pertandingan kuiz?
A.      Pertandingan kuiz itu akan diadakan di Dewan Merdeka PWTC.
B.      Peserta pertandingan kuiz dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 2.
C.      Ramai peserta mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan kuiz.

0 comments:

Post a Comment