Tuesday 29 April 2014

Simpulan bahasa

SimpulanBahasa ialah kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap,mengandungi maksud yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.


Contoh :    Buah mulut     - perkara yang menjadi tajuk perbualan orang ramai
               Hidung tinggi    - sombong               Langkah kanan  - bernasib baik               Tangkai jering   - orang yang kedekut

KesalahanUmumTatabahasa:

Salah
Betul
Orang rumah Kamal baru sahaja melahirkan cahaya hati.
Orang rumah Kamal baru sahaja melahirkan cahaya mata.
Kami akan pergi bawa diri ke PulauTioman.
Kami akan pergi makan angin ke Pulau Tioman.
Anak tunggal Tuan Malik besar hati akibat terlalu dimanjakan.
Anak tunggal Tuan Malik besar kepala akibat terlalu dimanjakan.
Mahmud berasa jauh hati apabila dipuji oleh rakan-rakannya.
Mahmud berasa besar hati apabila dipuji oleh rakan-rakannya.


Soalan

   1.       Sudah ______ ibu menegur tabiat buruk abang sejak akhir-akhir ini.
A.      keras hati
B.      berat mulut
C.      berbuih mulut
D.      patah kandar
   2.       “Rupa-rupanya Pak Man sudah ada ______ sekarang,” usik Danish kepada bapa saudaranya itu.
A.      mata air
B.      air muka
C.      mata hati
D.      mata keranjang
   3.       Kak Marsitah terpaksa ______ mengerjakan sawah peninggalan arwah suaminya bagi menyara anak-anaknya yang masih kecil.
A.      bidan terjun
B.      sebulat kata
C.      bermandi peluh
D.      cepat tangan
   4.       Mereka akan ______ ke Jepun pada hujung tahun ini
A.      angin lalu
B.      makan hati
C.      makan angin
D.      buka mata
   5.       Puan Rohana dan encik Azman ______ melihat telatah lucu anak mereka.
A.      geli hati
B.      gelap hati
C.      hati emas
D.      hati tunggu
   6.       ______ itu tersenyum simpul apabila diusik oleh para tetamu
A.      Anak bapa
B.      Anak emas
C.      Raja sehari
D.      Raja di hati
   7.       Ummu yakin bahawa kejayaan pasti ______ kerana dia telah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk lulus cemerlang dalam UPSR nanti.
A.      ada jalan
B.      dalam ingatan
C.      dalam tanga
D.      ada gaya
   8.       Majlis perkahwinan itu menjadi ______ orang kampong kerana diadakan secara besar-besaran.
A.      besar diri
B.      buah mulut
C.      buah fikiran
D.      buah tangan
   9.       I. Sebagai anak tinggal, Hasmah menjadi anak tiri keluarganya.
    II. Oleh sebab tidak mempunyai anak, Pak Abu mengambil  anak emas
   III. Suzana yang menjadi batu api dalam pergaduhan antara Mustafa dan             Kamal
   IV. Walaupun miskin, Munawar ada hati untuk memiliki rumah besar dan             kereta mewah.
A.      I dan II
B.      I dan IV
C.      II dan III
D.      III dan IV
   10.     I. Kera sumbang tidak harus dipercayai.
      II. Pekerja mahir itu membuat kerja seperti lintah darat
     III. Kami mencuci mata hampir satu jam di tepi tasik itu
     IV. Setelah bermandi peluh, akhirnya mereka berjaya membina rumah itu             dalam jangka masa yang telah ditetapkan
A.      I dan II
B.      I dan IV
C.      II dan III

D.      III dan IV

2 comments: