Kata Ganti nama Diri
Kata ganti nama diri pertama merujuk kepada diri sendiri.
Contoh: aku, saya, patik, hamba, beta
Kata ganti nama diri kedua merujuk kepada orang yang
bercakap dengan kita.
Contoh: awak, kamu, anda, engkau, tuanku
Kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang lain yang
dicakapkan
Contoh : dia, beliau, mereka
Kesalahan Umum Tatabahasa:
Salah
|
Betul
|
Saya bertiga mewakili Sekolah Kebangsaan Air Molek.
|
Kami bertiga mewakili Sekolah Kebangsaan Air Molek
|
Pencuri itu telah pun ditangkap. Beliau mungkin akan dipenjarakan.
|
Pencuri itu telah pun ditangkap. Dia mungkin akan dipenjarakan.
|
Bapa hamba pernah menuntut di Australia
|
Bapa saya pernah menuntut di Australia
|
Soalan
1. Hana
dan hani ialah pasangan kembar. ______ merupakan anak kepada seorang ahli
perniagaan.
A.
Dia
B.
Mereka
C.
Kita
D.
Kami
2. Pengemis
di kaki lima itu kelihatan sungguh lemah kerana sudah sehari suntuk ______ tidak makan
A.
beliau
B.
baginda
C.
dia
D.
kita
3. “Bilakah
______ hendak dating ke rumah saya untuk
membuat ulang kaji bersama-sama ?” tanya Munir kepada Aiman dan Salim.
A.
kita
B.
kalian
C.
mereka
D.
kami
4. Cikgu
Hasanah berasa terharu kerana ______
dipilih untuk menerima anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri Melaka.
A.
beliau
B.
dia
C.
baginda
D.
saya
5. “______
perlu bercakap dengan sopan terutama dengan orang yang lebih tua daripada kita
,” kata Cikgu Normah kepada murid-muridnya.
A.
saya
B.
kalian
C.
kita
D.
mereka
6. “Walau
apa pun yang terjadi, ______ rakyat Malaysia harus bersatu padu untuk menjamin
kesejahteraan Negara kita,” kata Perdana menteri.
A.
kita
B.
kami
C.
awak
D.
saya
7. “Peraduan
ini terbuka kepada semua pendengar Radio Ceria dan ______ diminta menulis nama serta alamat
dengan jelas,” kata juruhebah itu.
A.
anda
B.
engkau
C.
patik
D.
mereka
8. “______
berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah
kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor
A.
Dia
B.
Beta
C.
Kami
D.
Beliau
9. Pastikan
______ semua mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan agar tidak akan tersesat,” kata Cikgu Umar kepada semua ahli
pasukan Pengakap.
A.
kita
B.
kamu
C.
anda
D.
mereka
10. “Tun
Perak, panggil Laksamana Hang Tuah mengadap ______ sekarang juga,” titah Sultan Melaka.
A.
patik
B.
tuanku
C.
hamba
D.
beta
0 comments:
Post a Comment