Thursday 1 May 2014

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam sesuatu ayat.

Contoh                 : oleh, ke, dari, daripada, kepada, tentang
Contoh ayat          : Buku ini dikarang oleh Fatimah Zahrah
                             Bas persiaran itu menuju ke Perlis



Kesalahan Umum Tatabahasa:


Salah
Betul
Rajagopal berasal daripada Kelantan
Rajagopal berasal dari Kelantan
Hadiah ini terhadap awak
Hadiah ini untuk awak
Sarapan ini dibuat tentang ibu saya
Sarapan ini dibuat oleh ibu saya

Soalan:

    1.       Mangsa-mangsa kemalangan itu sudah dihantar ______ hospital dengan ambulans
A.      pada
B.      di
C.      ke
D.      dari
    2.       Seminar Guru-guru kaunseling itu akan diadakan ______ Hotel Seri Malaysia pada minggu hadapan.
A.      ke
B.      pada
C.      di
D.      daripada
    3.       “Bilakah sahabat Internet kamu ______ Jepun akan datag ke Malaysia?” tanya Azlan kepada Asyikin.
A.      daripada
B.      dari
C.      ke
D.      hingga
    4.       Syareen berasa sedih ______ seminggu yang lalu kerana datuk kesayanannya meninggal dunia
A.      hingga
B.      pada
C.      sejak
D.      dari
    5.       Munir membuat latihan untuk menyertai pertandingan pidato yan akan diadakan ______ minggu hadapan
A.      di
B.      pada
C.      dari
D.      hingga
    6.       Keputusan pertandingan bercerita tahap kedua telah ditampal ______ papan kenyataan
A.      pada
B.      dari
C.      di
D.      untuk
    7.       Tok Wan sedang bercerita ______ pengalaman silamnya kepada Arif dan Najwa.
A.      di
B.      kepada
C.      pada
D.      tentang
    8.       Salma tinggal bersama ibu saudaranya ______ dia berumur dua tahun.
A.      di
B.      ke
C.      sejak
D.      sebagai
    9.       Maria dan dua orag adiknya hendak pergi ______ restora makanan Jepun
A.      di
B.      pada
C.      ke
D.      kepada
    10.   Saiful telah berada ______ stesen bas itu sejak ______ pukul 8.00 pagi lagi.
A.      di…ke
B.      di…dari
C.      ke…pada
D.      pada…dari

2 comments:

  1. Super exercise...I'll got A in my BM Exam..this exercise will very helpful...I hope in UPSR,PT3 and SPM I will get straight A with these exercise.

    ReplyDelete