Thursday 1 May 2014

Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan sama ada oleh manusia atau haiwan. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
       
    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
Contoh: Ibu membasuh pinggan
            Nenek mencuci pakaian
            Abang terpijak sekeping paku

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri dalam sesuatu ayat dan tidak perlu disertai objek selepasnya.
Contoh: Ali belum mandi
            Abang saya tidur
            Ayah beransur pulih

Kesalahan Umum Tatabahasa:

Salah
Betul
Mak Jemah tidak dapat tahan kemarahannya.
Mak Jemah tidak dapat menahan kemarahannya.
Ibu tarik tangan adik supaya beredar dari situ
Ibu menarik tangan adik supaya beredar dari situ
Upin dan Ipin asyik bual
Upin dan Ipin asyik berbual

Soalan


   1.       Peniaga itu sedang ______ ikan di atas alat penimbang.
A.      menyiang
B.      membelek
C.      mengerat
D.      menimbang

   2.       Pelukis itu diminta ______ wajah seorang gadis misteri.
A.      menulis
B.      membuat
C.      melakar
D.      menconteng

   3.       Pak darus sedang ______ sekeping papan untuk dibuat meja.
A.      mengurut
B.      mengetam
C.      mengukur
D.      menyeterika

   4.       Danial tidak sengaja ______ sebiji gelas ketika hendak minum air di dapur.
A.      melicinkan
B.      meremukkan
C.      menjadikan
D.      memecahkan

   5.       Sebelum ke tempat kerja, Sulaiman ______ isterinya ke hospital.
A.      melambai
B.      mengambil
C.      menjemput
D.      menghantar

   6.       Tok Kadir dan Tok Seman rajin ______ beratus-ratus batang lemang yag ditempah oleh paara pelanggannya setiap hari.
A.      merebus
B.      menggoreng
C.      membakar
D.      memanggang

   7.       Emi berlari dengan ______ tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya.
A.      ligat
B.      lincah
C.      pantas
D.      deras

   8.       Pengadil itu ______ wiselnya menandkan perlawanan telah tamat.
A.      meniupkan
B.      menggunakan
C.      menggerakkan
D.      menghembuskan

   9.       Buku cerita bertajuk “Puteri Katak sedang ______ oleh Zhang Ziyi.
A.      dikira
B.      dibina
C.      dijaga
D.      dibaca

   10.   Logeshwaran ______ kami ke rumah terbukanya sempena perayaan  Deepavali.
A.      menarik
B.      menjemput
C.      menolak
D.      menumpang

0 comments:

Post a Comment