Friday 2 May 2014

Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan perkataan denga perkataan, frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa untuk membentuk ayat majmuk.

Contoh                 : serta, lalu, kecuali, tetapi, kerana, apabila, jika,                                          daripada…lebih baik, sungguhpun…namun, makin…makin
Cotoh ayat            : Saya hendak ke kedai tetapi terlupa membawa wang


Kesalahan Umum Tatabahasa:

Salah
Betul
Walaupun saya fasih berbahasa Inggeris, saya ingin berbual-bual dengan pelancong itu.
Jikalau saya fasih berbahasa Inggeris, saya ingin berbual-bual dengan pelancong itu.
Supaya mempunyai pembantu rumah, Datin Aishah tetap melakukan kerja-kerja rumahnya.
Walaupun mempunyai pembantu rumah, Datin Aishah tetap melakukan kerja-kerja rumahnya.
Ayah selalu menasihati adik hingga berjimat cermat
Ayah selalu menasihati adik supaya berjimat cermat


Soalan


   1.       Linda berasa gembira ______ dia berjaya menjawab semua soalan kuiz itu dengan tepat.
A.      jika
B.      kerana
C.      agar
D.      kecuali

   2.       Ibu tidak membenarkan Azlan keluar bermain ______ dia enggan mengemas biliknya.
A.      selagi
B.      kecuali
C.      supaya
D.      sementara

   3.       Sudah lama kami menunggu ______ Pak Cik Man tidak sampai-sampai juga.
A.      jika
B.      tetapi
C.      supaya
D.      apabila


   4.       Semua ahli keluarga gemar makan durian ______ Haidar
A.      tetapi
B.      kecuali
C.      sehingga
D.      apabila

   5.       Amir dan Amar berbual-bual ______ menunggu bas sekolah tiba.
A.      selagi
B.      sementara
C.      sekiranya
D.      supaya

   6.       Abang berjanji akan membeli komik itu untuk saya ______ dia mempunyai wang lebih
A.      jika
B.      tetapi
C.      kecuali
D.      sementara

   7.       Cikgu Kamala menasihati murud-murid ______ mematuhi peraturan sekolah.
A.      tetapi
B.      kerana
C.      sambil
D.      supaya

   8.       Sandra tergamam ______ dia disapa oleh pemuda yang tampan itu.
A.      lalu
B.      kecuali
C.      apabila
D.      supaya

   9.       Lim Kit membaca buku ______ mencatat nota-nota penting.
A.      atau
B.      sambil
C.      apabila
D.      sekiranya

   10.   Khairul mencapai tuala ______ masuk ke bilik air untuk mandi
A.      lalu
B.      atau
C.      tetapi
D.      sambil

0 comments:

Post a Comment