Friday 2 May 2014

Kata Ganda

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau kesuluruhannya

Kata ganda terdiri daripada:

Kata ganda penuh          : orang-orang, kapal-kapal, erat-erat
Kata ganda separa         : jejentik, pepara, tetamu
Kata ganda berentak      : rempah-ratus, bukit-bukau, terang-benderang
Kata ganda berimbuhan  : turun-temurun, kebudak-budakan, berpeluk-pelukan

Kesalahan Umum Tatabahasa:

Salah
Betul
Dirumah usang itu banyak sarang labah-labahan
Dirumah usang itu banyak sarang labah-labah
Ramai tetamu-tetamu yang hadir malam itu
Ramai tetamu yang hadir malam itu
Esok, kami akan mengintip gerak-gerak roslan.
Esok, kami akan mengintip gerak-geri roslan.

Soalan

    1.       Ibu menggunakan  ______ yang digilis halus untuk membuat sup tulang yang enak itu.
A.      kayu-kayan
B.      beras-petas
C.      sayur-mayur
D.      rempah-ratus

    2.       Pakaian pengemis itu  ______ dan badannya berbau busuk  kerana sudah lama dia tidak mandi dan menukar pakaian.
A.      kusut-masai
B.      comot-momot
C.      hingar-bingar
D.      compang-camping

    3.       Hati Mak Jemah  ______ dengan tindakan anakknya yang tidak mahu sambung belajar walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
A.      pucat-pasi
B.      kucar-kacir
C.      kacau-bilau
D.      gudah-gulana

    4.       Sam dan rakannya pergi ke taman untuk menangkap ______
A.      pepijat
B.      rerama
C.      jejentik
D.      pepatung

    5.       terdapat pelbagai jenis  ______ di dalam paket itu.
A.      bola-bola
B.      gula-gula
C.      jentik-jentik
D.      epok-epok

    6.       “Dalam keadaan  ______ hendak ke rumah awak, saya terlupa hendak membeli barang-barang yang awak kirim itu,” kata Dalili.
A.      tergaru-garu
B.      terpinga-pinga
C.      tergopoh-gapah
D.      terlompat-lompat

    7.       Mila membaca buku dengan bertemankan cahaya lampu yang  ______.
A.      berkeli-kelip
B.      bersinar-sinar
C.      berbalam-balam
D.      terang-benderang

    8.       Jalan menuju ke Cameron Highlands  ______ menyebabkan  adik pening dan muntah-muntah
A.      haru-biru
B.      hirul-piruk
C.      gelap-gelita
D.      bengkang-bengkok

    9.       Lantai rumah datuk sudah reput akibat dimakan  ______.
A.      anai-anai
B.      agar-agar
C.      kura-kura
D.      epok-epok

    10.   I. Lauk-pauk yang saya jual dimasak sendiri oleh ibu.
     II. Mak Cik Senah menggunakan batu-batan tradisional semasa merawat            pesakitya.
    III. Sudah tiga kali Hashim sekeluarga berpindah-randah pada tahun ini.
    IV. Gopoh-gapah para penonton kedengaran apabila penyanyi popular itu              muncul untuk membuat persembahan
A.      I dan II
B.      I dan III
C.      II dan IV
D.      III dan IV

4 comments:

  1. SOALAN INI SANGAT BAGUS JIKA TIDAK MEMAHAMI SESUATU APA YANG CIKGU AJARKAN

    ReplyDelete
  2. macam mana nak cari maksud kata ganda itu

    ReplyDelete