Thursday 1 May 2014

Kata Banyak Makna

Kata banyak makna ialah satu perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Makna kata yang berbagai-bagai dapat dibezakan dalam ayat yang berlainan maksud.
Contoh : anggota  - bahagian tubuh
      - Ahli dalam persatuan

Contoh ayat : Seluruh anggota badannya diperiksa oleh doktor.
           
            Anggota persatuan itu dikehendaki menyediakan pakaian                       seragam.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA


SALAH
BETUL
Hari raya pada tahun ini gugur pada hari Isnin.
Hari raya pada tahun ini jatuh pada hari Isnin.
Kata - kata Yati yang tegang menyentuh perasaannya.
Kata - kata Yati tang tajam menyentuh perasaannya.
Datuk dan nenek saya masih hebat lagi.
Datuk dan nenek saya masih lagi kuat.
Shimah suka memakai pakaian yang lengang.
Shimah suka memakai pakaian yang longgar.

Soalan

   1.       I. Lili pergi ke kedai.
    II. Harga teh tarik di gerai itu telah pergi sebanyak RM0.10.
   III. Piring itu pergi daripada tangan Hakimi lalu jatuh ke lantai dan pecah.
   IV. Mereka pergi ke pantai Teluk Chempedak dengan menaiki sebuah van.
A.      I dan II
B.      I dan IV
C.      II dan III
D.      III dan IV

   2.       I. Kain langsir yang ibu baru beli itu agak jarang.
    II. Roslan jarang datang ke sekolah akhir-akhir ini kerana masalah                     kesihatan.
  III. Hamdan jarang keluar pada waktu dimalam sejak dimarahi oleh ayahnya.
  IV. Nada suaranya kedengaran sungguh jarang semenjak dia dimasukkan ke        hospital.
A.      I sahaja
B.      II dan IV
C.      I, II dan III sahaja
D.      I, II, III dan IV

   3.       I.  Wang saya tinggal sepuluh ringgit sahaja lagi.
    II. Aminah dan Zaitun tinggal di Masjid Tanah, Melaka.
   III. Saya tidak mahu tinggal seorang diri di rumah kerana takut.
   IV. Tanah ini merupakan tinggal arwah bapanya.
A.      I sahaja
B.      II dan IV
C.      I, II dan III sahaja
D.      I, II, III dan IV

   4.       I.  Kami naik kereta menuju ke rumah cikgu Sakimah.
    II. Dalila memukul putih telur itu sehingga naik
   III.Harga barang naik apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol
   IV. Tahap kolesterol dalam badannya naik semenjak dia mengamalkan                 tabiat pemakanan yang tidak sihat
A.      I sahaja
B.      II dan III
C.      I, III dan IV sahaja
D.      I, II, III dan IV

   5.       I.  Cahaya bulan pada malam ini sungguh terang.
    II. Rosmah seorang murid yang terang hati kerana dia mudah menerima             arahan gurunya.
   III.Cikgu Salyatimah memberi terang dengan jelas kepada muridnya.
   IV.Warna langsir yang terang itu menjadikan ruang tamu yang sempit itu            nampak luas
A.      I sahaja
B.      I dan II sahaja
C.      I, II dan IV sahaja
D.      I, III dan IV sahaja

   6.       I.  Jari kakak yang luka masih belum baik.
    II. Salmah dan Salimah berkawan baik.
   III. Azura, anak hartawan itu sungguh baik hati orangnya.
   IV. Pak Akok menjaga barang-barang tuanya dengan baik.
A.      I sahaja
B.      II dan III sahaja
C.      I, III dan IV sahaja
D.      I, II, III dan IV

   7.       I.  Markah yang diperoleh Amin paling tinggi di dalam kelas itu.
    II. Hartanya semakin lama semakin tinggi kerana dia gigih berusaha.
   III.Badrul memotong rambutnya yang  tinggi itu supaya nampak lebih                 kemas
   IV.Kakak memakai kasut yang bertumit tinggi semasa pergi kerja
A.      I dan II
B.      II dan III
C.      I dan IV
D.      III dan IV

   8.       I.  Tapak kasut itu sudah haus kerana sudah lama digunakan.
    II. Cuaca yang panas menyebabkan saya berasa sangat haus.
   III.Tubuh Pak Daud semakin hari semakin haus.
   IV.Akibat kemarau yang berpanjangan, air kolam dan sungai itu menjadi              haus.
A.      I dan II
B.      II dan III
C.      I dan IV
D.      III dan IV

   9.       I.  Yasmin gugur dari basikalnya.
    II. Beberapa orang askar gugur dalam pertempuran itu.
   III.Buah durian itu telah mula gugur
   IV.Harga petrol telah gugur sebanyak sepuluh sen seliter.
A.      I dan III sahaja
B.      I dan IV sahaja
C.      II dan IV sahaja
D.      II, III dan IV sahaja

  10.   I.  Pada pukul enam pagi saya telah bangun.
   II. Ular itu dipukul oleh Salimah.
  III.Akibat pukul yang kuat dahi Ah Seng telah berdarah.
  IV.Pukul itu telah memberi mata kemenangan kepada Rafizi.
A.      I dan II sahaja
B.      III dan IV sahaja
C.      I, II dan III sahaja
D.      II, III dan IV sahaja

5 comments: